Ahad, 25 September 2011

----PERMAINAN KANAK-KANAK KATEGORI SASARAN--------------------------HAMMER BASKET BALL-------------------


PENGENALAN


Permainan kanak-kanak ini iaitu “Hammer Basket Ball” dicipta berdasarkan permainan sukan golf dan mini bola jaring. Permainan ini merupakan permainan dalam kategori sasaran. Hammer Basket Ball bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memukul dan melambung mengenai tepat kepada sasaran.


Selain itu, dengan terlaksananya tugasan ini, kami memperolehi pengalaman baru terutamanya dalam bidang ICT dan kemahiran dalam pembinaan blog. Secara berkumpulan, kami menggabungkan idea dan pendapat masing-masing untuk menghasilkan blog yang menarik dan penuh informasi.


Di samping itu, melalui blog ini kami juga memperolehi kemahiran-kemahiran baru seperti kemahiran membaca dan menulis blog. Blog ini merupakan blog penghasilan kami yang pertama. Jadi banyak tunjuk ajar yang diperolehi daripada pelbagai sumber untuk menyiapkan sebuah blog yang bermutu tinggi. Tambahan pula, kemahiran ICT dapat dipertingkatkan dengan penghasilan blog yang menggunakan pelbagai bentuk grafik, rakaman video, dan mengedit gambar untuk diletakkan di dalam blog ini.

Dalam permainan Hammer Basket Ball, kemahiran yang dapat diaplikasikan dalam tugasan seharian merangkumi aspek penggunaan koordinasi mata dan tangan. Koordinasi mata memerlukan pelajar fokus tepat pada sasaran manakala koordinasi tangan pula memerlukan pelajar menggunakan daya hayunan dan tolakan yang betul agar bola yang digunakan tepat menuju ke tempat sasaran. Dengan terhasilnya permainan ini, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran dengan tugasan seharian. Sebagai contoh, koordinasi mata dan tangan dapat digunakan apabila kita melakukan kerja- kerja rumah seperti menyapu sampah, mencuci pakaian, melipat pakaian dan sebagainya.

Natijahnya, permainan Hammer Basket Ball dapat mencapai objektif dan matlamat yang telah dirangka. Di samping itu, para pengunjung blog dapat memperolehi pengetahuan serta  input baru mengenai permainan kategori sasaran dan dapat mengaplikasikanya.














DJ Doc - Run To You mp3