RUMUSAN


Melalui permainan ini, kami dapat mengenalpasti jenis permainan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam kategori sasaran. Hammer Basket Ball menggunakan alatan-alatan yang mudah didapati seperti kon, bakul, bola dan tali. Kami juga berjaya mereka cipta alatan baru iaitu sebatang kayu pemukul yang diperbuat daripada tin susu dan batang kayu.

Permainan kanak-kanak kategoi sasaran ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja tetapi ia perlulah mengambil kira pelbagai faktor seperti faktor keselamatan. Oleh itu, kami telah memilih gelanggang sebagai tempat permainan ini dijalankan. Selain itu, kami memilih gelanggang ini kerana ia terletak di dalam kawasan tertutup iaitu gimnasium yang mana ia terhindar daripada gangguan luar. Justeru, permainan ini dapat dijalankan dengan sempurna.
Kesimpulannya, blog ini dapat memberi input yang berguna kepada para pembaca untuk diaplikasikan dalam permainan seharian. Tambahan pula, permainan ini dapat menarik minat pelajar untuk mencuba permainan baru dan dapat mengelakkan daripada kebosanan. Selain itu, potensi dan bakat pemain dapat dilihat melalui permainan Hammer Basket Ball.









DJ Doc - Run To You mp3